Thursday, November 20, 2008

Lawatan ke Carrefour Kepong

13.11.2008

Lawatan sambil belajar telah diadakan ke Carrefour Kepong.Seramai 20 orang kanak-kanak
dari tadika Kemas Kepong Indah mengikuti lawatan ini.
Lawatan ini disertai guru,pembantu tadika bersama pengerusi dan 4 orang jawatankuasa tadika. Tujuan adalah untuk memberi penerangan mengenai peralatan dan produk yang dijual di Carrefour Kepong.Di sini kanak-kanak dapat mengenali barangan elektrik,makanan dan juga peralatan harian secara langsung

Lawatan ini dapat memberikan lebih pengetahuan kepada kanak-kanak ini.Ini kerana mereka melihat secara terus mengenai sesuatu barang yang ditunjukkan kepada mereka.Cikgu Nur tidak menang tangan melayan karenah anak-anak tadika.

Kanak-kanak telah dibawa ke tempat pembuatan roti.Satu demonstrasi membuat roti telah ditunjukkan.Chef Nizam telah melayan kanak-kanak dengan memberikan doh@ibu roti untuk kanak-kanak merasakan pengalaman membuat roti.Terima Kasih Chef.......!!!


Setelah penat melawat Carrefour,kanak-kanak dan semua yang terlibat telah diberikan cenderahati daripada Pengurus Besar Carrefour Kepong.Selepas itu telah dijamu dengan jamuan ringan.Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada staff Carrefour yang melayan kami iaitu Cik Norfajariah,Cik Fatimah,Cik Rati dan Chef Nizam...........


Kenangan melawat Carrefour Kepong telah membawa memori kanak-kanak dalam mengenali peralatan,makanan dan juga persekitaran yang terbuka..........

'Terima Kasih Carrefour Kepong'