Tuesday, July 7, 2009

Lawatan Ke Melaka

Salam,

pada Khamis 02.07.2009 tadika Kemas Kepong Indah telah melakukan satu lawatan ke Melaka.
Telah disertai hampir 40 orang kanak-kanak dan ibu bapa.Lawatan ini juga telah disertai oleh tadika kemas Fadason dan juga tadika kemas Jinjang.

8.30am

Rombongan bergerak dengan 4 buah bas menuju ke Melaka....

11.00am

Rombongan berhenti Bandar Hilir untuk makan tengahhari.Makanan tengahhari telah disediakan oleh Mak Jah.Alhamdulillah semua anak-anak kenyang sekali.

Selepas itu kanak-kanak dibawa untuk melawat muzium kapal serta kapal tentera laut.bagi yang lain telah berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir.Di sini banyak tempat untuk dilawati.pelbagai Muzium seperti Muzium Setem,Muzium Islam,Memorial Kemerdekaan dan juga Banggunan Merah.......


3.00pm

Rombongan bergerak ke Zoo Melaka.Kanak-kanak dan ibu bapa menaiki tren mengelilingi zoo.Kanak-kanak dapat mengenali binatang dengan lebih dekat lagi.Kanak-kanak merasa gembira sekali dalam lawatan ini.

8.00pm

Sampai ke Kepong.Alhamdulillah semua selamat sampai.Semoga kanak-kanak ini dapat pengajaran dan keseronokan dalam lawatan ini.

Thursday, November 20, 2008

Lawatan ke Carrefour Kepong

13.11.2008

Lawatan sambil belajar telah diadakan ke Carrefour Kepong.Seramai 20 orang kanak-kanak
dari tadika Kemas Kepong Indah mengikuti lawatan ini.
Lawatan ini disertai guru,pembantu tadika bersama pengerusi dan 4 orang jawatankuasa tadika. Tujuan adalah untuk memberi penerangan mengenai peralatan dan produk yang dijual di Carrefour Kepong.Di sini kanak-kanak dapat mengenali barangan elektrik,makanan dan juga peralatan harian secara langsung

Lawatan ini dapat memberikan lebih pengetahuan kepada kanak-kanak ini.Ini kerana mereka melihat secara terus mengenai sesuatu barang yang ditunjukkan kepada mereka.Cikgu Nur tidak menang tangan melayan karenah anak-anak tadika.

Kanak-kanak telah dibawa ke tempat pembuatan roti.Satu demonstrasi membuat roti telah ditunjukkan.Chef Nizam telah melayan kanak-kanak dengan memberikan doh@ibu roti untuk kanak-kanak merasakan pengalaman membuat roti.Terima Kasih Chef.......!!!


Setelah penat melawat Carrefour,kanak-kanak dan semua yang terlibat telah diberikan cenderahati daripada Pengurus Besar Carrefour Kepong.Selepas itu telah dijamu dengan jamuan ringan.Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada staff Carrefour yang melayan kami iaitu Cik Norfajariah,Cik Fatimah,Cik Rati dan Chef Nizam...........


Kenangan melawat Carrefour Kepong telah membawa memori kanak-kanak dalam mengenali peralatan,makanan dan juga persekitaran yang terbuka..........

'Terima Kasih Carrefour Kepong'

Wednesday, November 5, 2008

Majlis Konvokesyen 2008 (zon 1)

10.Nov.2008

Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas Wilayah Persekutuan (Zon 1) akan di lakukan di PKM Sri Batu.Majlis ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi.Kanak-kanak ini akan menerima skroll dari Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan.

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h

Selamat Hari Raya Aidilfitri
(01.10.2009)
Maaf Zahir Dan Batin.
Semoga semua dapat bergembira di hari lebaran ini
Kepada yang memandu berhati-hati,ingatlah orang tersayang.
Kepada semua warga KEMAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daripada: Cikgu Nurshima
Cik Mek
Anak-anak Tadika Kemas Kepong Indah
Pengerusi dan Ahli JawatanKuasa Tadika

Friday, September 5, 2008

Hari Potensi Wilayah Persekutuan 2008

Anak-anak dari Tabika Kemas Kepong Indah menyertai Hari Potensi Wilayah Persekutuan 2008

Tarikh:12-13 Julai
Lokasi:Stadium Badminton Cheras





Hari Potensi 2008



Gelagat anak-anak Tabika Kemas Kepong Indah



Cikgu Norshima bersama anak murid

Pertandingan Melukis


Pengerusi

Bersama Agensi Dadah Kebangsaan ( ADK )

Friday, June 20, 2008

Hari Potensi Tadika Kemas Zon 1

Hari nie 5 orang anak-anak tadika menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KEMAS Wilayah persekutuan.Anak-anak tadika ini telah menyertai pertandingan RekaCipta,bercerita,Tilawah dan juga Hafazan.

Yang terlibat bagi Peraduan Reka Cipta
1.NurAishah
2.Nurashikin
3.M.Dzulqarnain

anak-anak ini mereka KLCC,Banggunan Parlimen,Menara Kuala Lumpur dan Monorail.anak-anak ini tidak dapat sebarang kemenangan kerana tidak layak dipertandingkan.Tak pe la,janji anak-anak ini gembira dan melakukan reka cipta ini dengan tulus hati.Nanti balik tadika,kita buat elok-elok untuk tatapan kawan-kawan yang lain.

Yang terlibat bagi bercerita dan tilawah :

1.M.Hadri
2.Nani

adik hadri mendapat tempat kedua dalam 2 penyertaan.manakala adik nani sekadar mendapat saguhati.


Pertandingan ini melibatkan daerah Kepong dan Batu.ramai anak-anak tadika terlibat.syabas kepada yang menang.

Tuesday, June 17, 2008

MaulidurRasul di Putrajaya 2008

Majlis Perarakan Sempena MaulidurRasul Di Putrajaya.

Anak-anak dari tadika ini telah menyertai perarakan MaulidurRasul di Putrajaya.Lebih kurang hampir 14 orang kanak-kanak dapat menyertai perarakan ini.Dengan dibantu oleh ibu bapa yang turut mengikuti perarakan ini.Walaupun dari pukul 6 pagi telah bersedia,kanak-kanak masih ceria menunggu masa untuk berarak.Berpakaian warna unggu dengan begitu comel sekali



Perarakan bermula di hadapan Banggunan Kementerian Kewangan dan akan berakhir di Masjid Putrajaya.Perjalanan mengambil masa dalam tempoh 15 minit,melalui jambatan berdekatan dengan masjid Putrajaya.













Setelah penat berarak,pihak KEMAS telah menyediakan makanan untuk makanan tengahhari.Keletihan anak-anak ini terubat bila dapat makanan.










Guru-guru KEMAS Bahagian Kepong yang terlibat dalam perarakan di Putrajaya.





Dah selesai perarakan,makan pun sudah.sekarang ambil gambar beramai-ramai sebelum balik.

Alhamdulillah semua anak-anak dan ibu bapa selamat sampai pulang ke rumah.