Salam,
pada Khamis 02.07.2009 tadika Kemas Kepong Indah telah melakukan satu lawatan ke Melaka.
Telah disertai hampir 40 orang kanak-kanak dan ibu bapa.Lawatan ini juga telah disertai oleh tadika kemas Fadason dan juga tadika kemas Jinjang.
8.30am
Rombongan bergerak dengan 4 buah bas menuju ke Melaka....
11.00am
Rombongan berhenti Bandar Hilir untuk makan tengahhari.Makanan tengahhari telah disediakan oleh Mak Jah.Alhamdulillah semua anak-anak kenyang sekali.
Selepas itu kanak-kanak dibawa untuk melawat muzium kapal serta kapal tentera laut.bagi yang lain telah berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir.Di sini banyak tempat untuk dilawati.pelbagai Muzium seperti Muzium Setem,Muzium Islam,Memorial Kemerdekaan dan juga Banggunan Merah.......
3.00pm
Rombongan bergerak ke Zoo Melaka.Kanak-kanak dan ibu bapa menaiki tren mengelilingi zoo.Kanak-kanak dapat mengenali binatang dengan lebih dekat lagi.Kanak-kanak merasa gembira sekali dalam lawatan ini.
8.00pm
Sampai ke Kepong.Alhamdulillah semua selamat sampai.Semoga kanak-kanak ini dapat pengajaran dan keseronokan dalam lawatan ini.
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)