Friday, June 20, 2008

Hari Potensi Tadika Kemas Zon 1

Hari nie 5 orang anak-anak tadika menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KEMAS Wilayah persekutuan.Anak-anak tadika ini telah menyertai pertandingan RekaCipta,bercerita,Tilawah dan juga Hafazan.

Yang terlibat bagi Peraduan Reka Cipta
1.NurAishah
2.Nurashikin
3.M.Dzulqarnain

anak-anak ini mereka KLCC,Banggunan Parlimen,Menara Kuala Lumpur dan Monorail.anak-anak ini tidak dapat sebarang kemenangan kerana tidak layak dipertandingkan.Tak pe la,janji anak-anak ini gembira dan melakukan reka cipta ini dengan tulus hati.Nanti balik tadika,kita buat elok-elok untuk tatapan kawan-kawan yang lain.

Yang terlibat bagi bercerita dan tilawah :

1.M.Hadri
2.Nani

adik hadri mendapat tempat kedua dalam 2 penyertaan.manakala adik nani sekadar mendapat saguhati.


Pertandingan ini melibatkan daerah Kepong dan Batu.ramai anak-anak tadika terlibat.syabas kepada yang menang.

Tuesday, June 17, 2008

MaulidurRasul di Putrajaya 2008

Majlis Perarakan Sempena MaulidurRasul Di Putrajaya.

Anak-anak dari tadika ini telah menyertai perarakan MaulidurRasul di Putrajaya.Lebih kurang hampir 14 orang kanak-kanak dapat menyertai perarakan ini.Dengan dibantu oleh ibu bapa yang turut mengikuti perarakan ini.Walaupun dari pukul 6 pagi telah bersedia,kanak-kanak masih ceria menunggu masa untuk berarak.Berpakaian warna unggu dengan begitu comel sekali



Perarakan bermula di hadapan Banggunan Kementerian Kewangan dan akan berakhir di Masjid Putrajaya.Perjalanan mengambil masa dalam tempoh 15 minit,melalui jambatan berdekatan dengan masjid Putrajaya.













Setelah penat berarak,pihak KEMAS telah menyediakan makanan untuk makanan tengahhari.Keletihan anak-anak ini terubat bila dapat makanan.










Guru-guru KEMAS Bahagian Kepong yang terlibat dalam perarakan di Putrajaya.





Dah selesai perarakan,makan pun sudah.sekarang ambil gambar beramai-ramai sebelum balik.

Alhamdulillah semua anak-anak dan ibu bapa selamat sampai pulang ke rumah.

Senarai Ahli JawatanKuasa 2008




Pengerusi
Pn Nuraini Bahoa Abdullah

Naib Pengerusi
Pn Norashikin binti Hamdan

Setiausaha/Bendahari
Pn NurHasimah bte M.Amin

Ahli/Jawatankuasa
En Rosli bin Ismail
En.Rahim bin Abd Majid
En.Sazali bin M.Isa
En.Muhamad Dzulfakar bin Hj Zaiton
Pn NorSalina Rianna binti Abdullah
Pn Hjh Lotfiah bte M.Rawi
Pn Normaiza binti Shaari
Pn Liza bte Ismail
Pn Ramlah binti Sadud
Pn Juliana binti M.Ikram
Pn Sharmila bte Saidon

Pengenalan




Nama Tabika : Tabika Kemas Kepong Indah

Alamat: Lot 10880 5/1A Taman Kepong Indah 52100 Kuala Lumpur

Tahun ditubuhkan : 28 Oktober 2001

Dirasmikan oleh : Datuk Haji Ridzuan Bin Hj Abdul Hamid

Jumlah kanak-kanak (2008) : 19 org

Nama Guru : Puan Nurhasimah Bte Mohd Amin